Penerangan Kata Sendi Nama "seperti/bagai/umpama/laksana"
Keempat-empat kata sendi nama ini bersifat kelainan atau varian antara satu sama lain, kerana mempunyai fungsi yang sama, iaitu sebagai perkataan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud perbandingan.
Contoh-contoh penggunaan
- Murid baharu itu kebingungan {seperti/bagai/umpama/laksana} rusa masuk kampung.
- Hatinya keatas {seperti/bagai/umpama/laksana} batu.
- Pemuda itu berlagak {seperti/bagai/umpama/laksana} orang kaya.
- Pasangan mempelai itu {seperti/bagai/umpama/laksana} pinang dibelah dua.
- Tumbukan peninjau itu pantas {seperti/bagai/umpama/laksana} kilat.