Penerangan Kata Sendi "pada"
Kata sendi nama pada d igunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam sitausi tertentu.
Contoh-contoh menunjukkan keterangan waktu apabila mendahului kata nama
- Bas kami akan bertolak pada pukul tujuh pagi.
- Seminar itu bermula pada hari ini.
- Pada waktu itu ibu bapanya tiada di rumah.
- Pemergiannya ditetapkan pada akhir tahun ini.
- Pada ketika itu saya sedang tidur.
Contoh-contoh kata sendi nama "pada" apabila didahului "ada" mesti diikuti oleh kata nama yang merujuk manusia dan haiwan.
- Wang itu ada pada ibu.
- Kekuatan itu ada pada beberapa orang pahlawan sahaja.
- Sifat jujur dan amanah ada padanya.
- Jam itu ada pada kakak Ali.
- Naluri mengawan ada pada semua binatang.
Contoh-contoh sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja
- Kaki lembu itu digantung pada cangkuk besi.
- Tulis nama pada kertas ini.
- Layang-layang itu tersangkut pada tiang telefon.
- Pemberitahuan itu ditampal pada papan kenyataan.
- Ketika darurat, pergerakan mereka terhad pada kawasan itu sahaja.