Penerangan Kata Sendi "untuk/bagi"
Kata sendi nama untuk dan bagi digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu.
Contoh-contoh menunjukkan kegunaan untuk sesuatu
- Asrama untuk/bagi penuntut-penuntut Sabah sedang dibina.
- Derma untuk/bagi anak-anak yatim akan dipungut.
- Penyata perbelanjaan untuk/bagi tahun hadapan kini dibincangkan di Parlimen.
- Rumah untuk/bagi pekerja-pekerja telah dibaiki.
- Kereta itu untuk/bagi kegunaan pejabat sahaja.
Contoh-contoh menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan.
- Hadiah itu untukmu.
- Tanah seluas dua ekar itu untuk kami.
- Pakaian baharu ini untuk adik.
- Untuk siapakah hidangan diatas meja itu?
- Ayah membeli kereta untuk adik.